Thursday, June 17, 2010

Dulu-dulu

Tuan-tuan dan puan-puan. Ini gambar dulu2. Aku tak ada memori lansung pasal gambar ni. So aku buat kesimpulan bahawa masa foto ni diambil, aku belum mumayyiz. Mungkn dalam 2/3 tahun. Yang depan duduk berlunjur dengan tak malu2nya itulah aku. Yang sangat suka sengih tahap beriya seoalah2 nak tunjukkan pada orang yang aku lah manusia paling bahagia. Kalau dari depan, yang kiri sekali tu sepupu aku WEWET. Dia nak kawin dah 4 Julai ni. Sebelah aku tu pulak sepupu aku ABG WAN. Dah selamat jadi bapa kot sekarang. Sebelah dia sepupu aku WOWOS. Pun nak nikah bulan sepuluh ni insyaAllah. Dan yang tepi sekali tu FENDI. Baya aku. Belum kawin dan single lagi kot..

Yang belakang kiri sekali tu sepupu aku KAK ATI. Anak dia dah tiga. Sebelah dia tu KAK FAIZ. Anak dia pun dah nak masuk tiga. Yang sulung sekarang ni darjah satu. Yang dia dukung tu adik dia. IDA atau aku panggil Rentap. Umurnya bawah aku. Anak dia pun dah tiga. Sebelahnya pulak, KAK ULI. Sekarang mengajar di Penang. Anak dah dua orang. Dan yang tepi kanan sekali adalah AKIONG. Abang wewet. Anak dah tiga. Jangan orang rumah pun tambah jadi tiga dah la ;)



Ini pun foto lama waktu sambutan hari jadi. Bila aku fikir2 balik, aku rasa keluarga besar aku memang suka berkumpul ramai2 untuk sambut harijadi kot. Ribut2, rebut2 tu jadikan kami lebih rapat. Terima kasih lah kepada pemilik foto yang sudi berkongsi foto2 menarik ini di dalam FB. Kalau ada pun satu kelebihan FB, inilah dia. Tempat mencari foto2 lama. Dulu pernah aku letakkan entri tentang foto2 lama aku. Lawatlah (klik) di sini kalau mahu ambil tahu

Sekian, terima kasih

p/s: aku baru tahu, pic yang atas sekali tu, umur aku baru setahun 9 bulan. padan tak ingat apa2 ;)

2 comments:

deena awanis said...

x boleh imagine kalo sekarang kak lydia berposing macam 1st pic tu..hihihi

Hartini Omar said...

owh dina. dont mention.. i dolu2 mmg suka posing. heeee~ tp knp skrg tidaaakkk??? :(