Tuesday, December 14, 2010

Kalian kan suami isteri…

Kalian kan suami isteri...
………………………

Sabtu (10.12.10)

Tengkuk yang lembut beralas kain tudung itu dicekik ganas dengan tangan kanan. Dilepaskan dengan rakus bagai mahu dihempaskan saja kepala itu ke muka pintu. Kepala itu terhenjut, sesaat kesakitan itu bagai mengalirkan tangis luka. Belum ditambah dengan malu yang menggila di saat beberapa pasang mata berjaya merakam aksi itu dengan waspada. Dan pipi yang gebu itu dilempang kuat. Terhuyung hayang insan bernama perempuan yang pernah mengaku dicintakan. Dan tubuh layu itu ditolak keras masuk ke bilik, lalu daun pintu itu ditutup. Dan nasibnya di dalam sana, hanya diketahui oleh Dia saja

………………………

Yang dipukul itu seorang perempuan bergelar isteri. Yang pernah dulu dengan menyebut namanya seorang lelaki diangkat menjadi suami. Yang di ubun2nya pernah singgah bibir manis seorang lelaki. Yang dijari manisnya pernah tersarung sebentuk cincin tanda cinta yang khabarnya mekar sentiasa

Dan yang memukul itu seorang lelaki. Lelaki yang berstatus suami. Yang pernah melafazkan lafaz taklik, mengaku akan menghargai dan tidak akan mencedarai isterinya, bukan sahaja secara fizikal malahan emosi juga. Seorang suami yang seharusnya menjaga isterinya dari sebarang kecacatan dan kemudharatan. Seorang suami yang khabarnya mencintakan

Cinta??

Cintakah??

Salah siapa agaknya sehingga sang suami boleh menjadi berang sedemikian rupa? Apakah ia tidak lagi sayang?

Siapapun yag bersalah, kekerasan fizikal itu mintak dijauhkanlah. Kalau terlalu marah, keluarlah sekejap dari rumah. Tinggalkan yang disayangi itu buat sementara. Carilah bahagia. Dan kalau di luar itupun tidak mampu memberi ketawa, maka kembali lah semula. Kerana sebenarnya di situlah terletaknya hakikat bahagia. Yang seakan-akan hilang hanya disebabkan rasa AMARAH

Isteri, jagalah hatinya. Jangan dibebani mereka dengan masalah yang menggila. Yang memberikan makan pakai itulah mereka. Sesekali ingin juga merasa lapang dari manja dan mengada-ngada. Diberikan kebebasan bergerak seperti zaman teruna. Diberikan masa untuk menguruskan kerjaya dan hobi2 lama. Berikan ruang, dan berkat keharmonian, ruang yang diciptakan itu bakal pula merapatkan

Suami, jagalah juga hatinya. Isteri yang dikau ambil dengan jalan redha. Yang telah pula dijanjikan rumahtangga yang bahagia. Berilah nafkah selayaknya. Sesekali, datanglah dengan kejutan2 romantis yang tak diduga. Berilah kebebasan yang terkawal kepada mereka. Mereka juga pernah berstatus anak dara, pernah rasa bermanja dengan ibu ayah, teman2 dan saudara. Lalu sekarang ini masamu pula memanjakan mereka. Sama seperti zaman2 kalian bercinta

Berkasih sayanglah

Hormat menghormatilah

Saling memahami

Saling bertoleransi

Kerana kalian kan suami isteri….

-
-
-
-
-

Sadangkan aku sendiri takkan mampu merasai apa yang kalian dapat rasai
Takkan pernah mampu walaupun aku terlalu mahu
Takkan mampu
Takkan!

-
-

Namun tetap redha dengan ketentuan

……………………………..

Mahkota Cheras
13.12.10

4 comments:

peace said...

1. menarik.
2. sememangnya suami isteri perlu saling memahami dan bertolak ansur.
3. bila kita nak jumpa? ;)

Hartini Omar said...

ustazah,
1.apa yg menarik?
2.ya, sangat setuju
3.bila ek? asek kerja je

thanx singgah

auntacu81 said...

takkan? my dear lyd...mana tahu...nothing impossible...akak akan sentiasa mendoakan yang terbaik tuk lyd...^_^

Hartini Omar said...

kak,
u know me. yup, never.. dun hav 2 ask why.. takkan dan takmau. pullstop