Teknologi sudah berlari jauh. Saya masih berlari-lari anak di belakang untuk mengejarnya. Saya tidak mahu ketinggalan. Selepas ini, segalanya akan saya poskan melalui telefon bimbit kecil yang selalu digenggam jari-jemari saya.
Ya, dan ini permulaannya. Doa saya agar tiadalah yang terkurang dalam bahasa, tatabahasa, ejaan dan isi yang ingin saya kongsikan dengan kalian di dalam laman usang ini
Selamat jumpa lagi
Salam sayang,
Tini
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
2 comments:
Salam Tini,
Dah pakai BB ya..:) Tahniah dan moga makin bertambah rancak dan pantaslah nukilan jiwa Tini hadir ke alam maya ini.
Biarlah ia hadir selalu kerana kami tidak akan jemu.
Cikgu,
Tidak sepantas mana juga saya kira. Terima kasih kerna cikgu masih sudi menyinggah di laman saya yang sunyi sepi
Untuk cikgu saya doakan kegembiraan berpanjangan, insyallah
Terima kasih
Post a Comment