Baru selesai ke klinik berhampiran, mengambil ubat-ubatan yg kini seakan pula telah menjadi keperluan. Keadaan masih tidak menentu, menepu minda dan memerah kudrat yg tidaklah sebanyak mana. Dengan urusan hidup yang tak terjaga, mata sempat memandang kalendar di atas meja. Nyata dijit2 dalam bulan ini terlalu banyak yg bertanda. Ah, Tuhan.. berilah sedikit perintang2 masa…
Khamis ini dijadualkan ke UIA untuk pendaftaran sarjana. Dalam dendang takbir Aidiladha yg bakal menjelma, terasa derasnya perjalanan dunia. Dengan hari Rabu depannya yg bakal pula ke Baling Kedah sana, terasa sarat benar hari2 mendatang untukku carikan waktu terluang
Dan Isnin 15 haribulannya terpaksa menguruskan peperiksaan referal pelajar, Khamis dengan ujian separa penggal yg belum lagi tersedia, kelas2 pengajian yang banyaknya tergendala, terasa berat benar kepala memikirkan letak duduk segala. Serasa mahu aku pejamkan mata untuk seketika, lantas melupakan terus cerita2 dunia dan isinya
Aku tidak banyak masa lagi untuk mengulit ceritera kesayangan ini. Mungkin semakin berhabuk dan bersawang nanti. Dengan runtunan2 hidup yang semakin ketat dan padat, membutkan jiwa tidak terisi dengan nukilan2 hati. Dan, sebenarnya aku sudah mula jemu menulis, jemu menangis - jemu merintih, jemu melayan kasih. Aku jemu dikerah minda, jemu didamba jiwa. Aku jemu segala-galanya
Dan saat ubat2 itu melalui saraf dan darah, terasa berat benar mahu membuka mata. Serasa lemah seluruh sendi anggota. Aku perlu masa untuk pulih semula. Tuhan, berilah kesempatan untuk aku sediakala seadanya…
3 comments:
tahniah...
bestnya sarjana
Salam HARTINI,
Tahniah krn kamu bakal bergelar 'sarjana'. Moga perjalananmu dipermudahkan-NYA..aamin! Ermm, ya..masa mmg berlalu begitu pantas tanpa kita sedari. Saya juga merasai perkara yg sama. Kenapa ia begitu cepat beredar walhal masih banyak urusan yg belum bisa diselesaikan. Aduh, ini benar-benar menggusarkan saya! Kadang-kadang terfikir di benak fikiran ini, 'alangkah baiknya kalau saya bukan manusia tetapi seutas jam cuma'. Tak perlu utk saya memikirkan urusan itu ini...tak perlu memikul pelbagai amanah yg diberi..dan yg paling penting saya tak akan dihisab di akhirat kelak...huhuhu:-)
Wassalam!
hans,
-terima kasih. baru hendak bermula, entah bila pula penamatnya. jadi, masih belum molek untuk saya menerima ucapan tahniahnya. apapun, terima kasih menyinggah
ishan,
-ya, bakal bergelar sarjana. masih meniti impian2 itu. bersyukurlah anda diciptakan sebagai manusia. susah senang adalah ujian samada kita nanti bakal ditempatkan di syurga atau neraka.. sekurang-kurangnya, kita diberi pilihan untuk memilihnya
terima kasih menyinggah
Post a Comment