Kalau aku bukan manusia, barangkali aku seketul batu. Batu yang jarang sekali manusia temukan. Seketul batu yang mungkin tersisih dan kaku tak diperhatikan. Mungkin sekali letakku di gua asing yang sunyi lagi sepi. Atau barangkali di puncak bumi tertinggi yang tak mampu manusia hampiri. Atau sekadar sebutir batu di tepian pantai yang tak sudah2 dipukul badai. Atau mungkin sekeras karang yang takkan pernah hancur dihempas gelombang
Cuma aku berharap aku dapat bertukar menjadi permata, dipuja2 dan disayang dengan segenap jiwa raga. Atau sekadar menjadi nilam, disimpan dan dijaga rapi sebagai wasiat dan lambang keturunan. Atau cukuplah menjadi kemala yang tidak begemerlapan, namun menjadi hikmat dan azimat pembakar semangat, penambah kudrat yang dihirup keringat
Aku tidak boleh dikerah, kerana aku akan pecah lalu berderai. Dan mungkin selepas itu tidak mampu diselamatkan lagi, takkan bisa dicantum kembali. Aku tidak boleh dipaksa2 kerana sifatku keras dan sasa. Ditiup badai pun aku takkan kemana. Dibakar hangus pun aku tetap sama
Aku cuma boleh dibentuk sedikit2. Seperti titis air yang menitis satu2. Perlahan, halus, melekuk dan membentuk tanpa sedar. Cuma masanya mungkin panjang. Usahanya bukan calang2. Lalu aku bimbang, mungkin masanya terlalu panjang untuk kilauan itu mampu dilihat oleh mata2 yang memandang. Ya, dan si ‘titisan air’ itu….. Siapalah yang sudi bertandang tak jemu2………….

1 comment:
Kamu! KLCC ku..
Post a Comment