Itu persimpangan. Terhenti kita kerana tidak tahu mahu memilih samada ke kiri atau ke kanan. Aku telah membuat pilihan, sekarang tinggal kamu. Kamu terlalu lama berfikir, sehingga aku telah lama sebenarnya meninggalkan kamu. Pesan aku, buat lah pilihan kamu. Kanan atau kiri, yang penting kamu yang memilih..
Namun ada juga jalan yang kecil, sempit, suram dan hening. Ianya berliku, lalu tidak ramai manusia memilihnya. Kerana entahkan ia jalan mati, entahkan ia membawa ke kuburan atau ke taman2, siapalah tahu. Manusia menyisih jalan itu, kerana sifat manusia memang sukakan perkara yang nampak2 di ruang mata
Pesan aku, terpulanglah pada kamu. Pilihlah samada kamu mahu jadi seperti mereka, atau menjadi dirimu sahaja..
Aku memilih lorong yang gelap usang. Cahayanya malap dan tidak terang. Tetapi aku bahagia di dalamnya, bahagia dalam mencari arah. Setiap kali aku jatuh lalu terluka, dan kadangkala kaki ku perit terpijak duri2nya, badanku miang disapu semak samunnya, aku tetap bahagia melalui sesuatu yang tidak mampu manusia lain tempuh. Kerana itu, aku adalah aku..
Dalam kehidupan ini selalunya jalan yang besar dan jelas itu orang fikir akan memberikan kebahagiaan. Ramai sekali manusia mengikut jalan tersebut. Ia sesak, penuh, riang dengan gelak tawa dan penerimaan2 manusia. Jalannya lurus, terang dan sudah kamu nampak penghujungnya
Namun ada juga jalan yang kecil, sempit, suram dan hening. Ianya berliku, lalu tidak ramai manusia memilihnya. Kerana entahkan ia jalan mati, entahkan ia membawa ke kuburan atau ke taman2, siapalah tahu. Manusia menyisih jalan itu, kerana sifat manusia memang sukakan perkara yang nampak2 di ruang mata
Pesan aku, terpulanglah pada kamu. Pilihlah samada kamu mahu jadi seperti mereka, atau menjadi dirimu sahaja..
................
Aku memilih lorong yang gelap usang. Cahayanya malap dan tidak terang. Tetapi aku bahagia di dalamnya, bahagia dalam mencari arah. Setiap kali aku jatuh lalu terluka, dan kadangkala kaki ku perit terpijak duri2nya, badanku miang disapu semak samunnya, aku tetap bahagia melalui sesuatu yang tidak mampu manusia lain tempuh. Kerana itu, aku adalah aku..
kredit gambar : google
2 comments:
ms lama tak nampak g mana??
joe, sy ada je. cube intai kat opis tu. ada la nampak sy
Post a Comment