Kerja sangat banyak. Dan banyak yang tertunda. Paper final belum siap, ada hati nak bercuti. Tapi tuntutan jiwa mesti dilaksanakan juga. Aku nak jalan2 hirup udara segar. Rasanya nak main gondola air sekali. Ah, pedulikan jadual yang padat. Masa kosong kalau tak dicari memang takkan jumpa
Gambar nikah dan resepsi Sarah dan Firdaus pun aku belum setelkan. Jangan kata nak mengedit, transfer dalam laptop pun belum. Dahsyat aku. Aku akan siapkan jugak. Targetnya, by Monday next week dah boleh bagi pada pengantin. Insyallah
Gambar nikah Yus haritu pun baru petang ni aku nak pos. Nak jejak ke pejabat pos pun aku terpaksa curi masa. Arghhhh.. hidup!!
Jadual kerja pun dah bertukar. 7.30 - 4.30 dan 6 - 12. Sehari, aku kerja 15 jam. 4 jam jumlah total aku mandi, bersiap dan duduk dalam kenderaan, 5jam aku tidur. So, bila sebenarnya aku siapkan gambar2 kahwin orang? Kadang2 aku curi waktu ofis (awal pagi dan sebelum balik) dan kadang aku curi waktu tidur
Aku jahat ke sebab gunakan waktu pejabat untuk buat kerja sendiri? Err, jahat jugak kot. Tapi tak selalu lah. Bila2 ada job yang belum setel. Sebab sekarang ni hari minggu pun aku kerja. Obsesi terhadap kamera dan blog tetap berjalan. Cuma aku dah tak ada masa tengok wayang. Dah tak ada masa lepaking around. Nak tengok fesbuk pun tak sempat. Biarkan.. Kerja keras demi masa depan yang entahlah ada atau tidak
Aku sekadar nak meng'update blog yang bersawang ni. Konon nak bukak satu blog baru khas untuk gambar yang aku shoot.. Tak pernah berjaya disiapkan. Asyik busyyyy je. Lantakkan.. Ok sekian. Terima kasih kerana membaca
.....................
Rasa macam bukan aku yang menulis (^^)
3 comments:
sudahla kak lyd..sudahlaa..sudah... sudah...sy hilang teman kakiwayang...sy hilang teman ronda2...sy hilang teman gelak kuat2...hahahaha...
SILA BALIK KE URANUS....hehehe..
busy nampaknya..teruslah..terus ke depan.:)
cik ajaa (eh ke sudah 'puan' tp sy yg x tahu? hehe
saya kepingin benar mahu terbang ke uranus kembali setelah bz bergunjingan di bumi. tp masa tak mengizinkan. nanti2 lah ye. kirim salam pada semua family di sana. dah lama x bergossip!
tuan mazarina,
besar impian saya untuk terus ke depan memenuhi cita2. doakan saja ya. terima kasih menyinggah
terima kasih kalian
Post a Comment