Wednesday, September 05, 2007

Mengapa, Masyit....???

Bangunan JAKIM yang merah tersergam itu aku lihat dari jauh. Dari tingkap pejabatku yang dipenuhi titis hujan yang mendinginkan. Laju kudakap tubuh, dan perlahan keluar nada keluhan. Ah hati.... apa lagi yang dihajati???

Semalam kuterima khabar berita, Masyit tidak menghadiri temuduga kaunselor yang diterimanya. Mengapa Masyit? Puas sudahkah dengan kerjamu yang tak sampai pun dua bulan kau amalkan? Lumayan benarkah gajinya sampai cita2mu kau lupakan? Atau telah bertemukah orang yang dicinta di alam pejabat yang menghindarkanmu untuk terus mengejar cita dan impian? Ah hati... telah nyata yang empunya diri sudah memutuskan, lalu adakah lagi jalan?? Aku diam termenung memandang ke depan

Masyit itu rakan2 ‘kapak’ yang sering sembang lepak, tawa gelak. Rakan 'sekuku' yang boleh bergabung ilmu bersatu padu. Beliau punya cita jitu untuk membantu manusia. Menyelesaikan masalah mereka selagi terdaya. Dan dalam diam aku akui keutuhan cita-citanya. Aku kagumi bakat dan anugerahnya. Aku soroti niatnya dengan doa dan taqwa. Agar satu hari nanti lahirlah Masyit itu sebagai kaunselor ternama. Kerana aku sendiri tiada bakat mendengar, melainkan berbicara sahaja

Namun berita semalam buat hati jadi pilu. Bagai keputusan itu dibuat aku jua. Terasa pedih benar hati ini entah kenapa. Seakan bergenang air jernih di kelopak mata. Kadang yang terjadi selalunya bukan seperti yang kita impi. Namun kita digalak barusaha dan terus-terusan mencuba. Jatuh dan bangun lagi. Jatuh dan bangun lagi. Selagi belum mati...

Di manakah "self-actualization" yang kita belajar dulu, Masyit? Tidakkah hirarchi Maslow itu kita ikuti selagi terdaya. Terus menuju ke puncak cita2. Mungkin tertutup sudah hatimu membantu manusia. Jadi apakah relevennya berbuang masa dan tenaga di hospital KL sebagai sukarela? Berpanas berhujan berpenat lelah? ...... Kaunselor itu lah pintu masuknya. Sayang benar, Masyit.. cita2 mu aku sanjung. Bukan kerana gaji menggunung, bukan kerana nama mengharum, melainkan kehendak hati dan jiwa. Yang sering dahagakan titisan redha Allah.

Membantu manusia pasti buat kita matang, berkembang. Tidak hanya ketemu yang cocok2 saja. Kadang2 yang berbekam dan bersopak seperti raksasa itu yang selalu bawa ingatan pada nafsu dan minda. Yang punya masalah jiwa dan keluarga itu yang bakal pula memberi kita ilmu maha berguna. Sayang, tak sampai ke situ pemerhatianmu. Apa agaknya yang kau cari dalam hidupmu...

Aku termenung lagi. Memikirkan nasib sendiri. Jangan diri ibarat layang2 terputus tali. Mengikut saja kehendak situasi. Tidak... aku bukan begitu. Selagi tak dapat yang dihajati, bertongkat lengan aku turuti. Yang berat aku pikul, yang hangat aku rangkul, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang2 mandi, biar kebasahan.

Mungkin aku lain. Ibarat pesan seorang guru padaku:

“Saya berbangga dengan nilai2 mu. Nilai itu yang membezakan kehidupan bekerjaya dan berkerja. Dan dirimu termasuk dalam kategori pertama...”

~Assoc Prof. Dr. Shukran Abdul Rahman~

Untukmu Masyit...., Aku akan berdoa tiada henti. Biar semua kita jadi apa yang kita impi. Biar terbuka luluh hati, biar tersebar santun budi, biar tertanam dalam diri, mekar subur di dalam Firdausi.........

5 comments:

Anonymous said...

my dear friend..
biarpun aku sedang ketandusan masa,aku tetap nak mencurinya khusus utk membaca blog hartini omar yg btajuk "mengapa,masyit...???"hati menangis bila membaca tulisan ko.bkn hanya dihati,tp dizahirkan dgn genangan air mata..menangis bkn krn tersinggung,tp ia terkesan dihati yg masih tercari-cari cita-cita & impian sebenar yg ingin dicapai..bkn duit yg aku kejar,bukan cinta yg aku kejar..utk pengetahuan ko,andai aku dpt jadi kaunselor di JPA tu,gajinya lg besar dr ape yg aku terima skrg..niat dihati yg tertanam dr dulu utk mmbantu manusia x pernah hilang..cuma buat masa ini,hati sedang mencari-cari kepuasan dlm bekerja.disebabkan baru sebulan bekerjalah,hati terasa berat nak meninggalkan alam di sini..Insyaallah,dengan berbekalkan pengalaman di sini,aku akan lebih matang & bersedia utk memikul amanah yg akan dtg apatah lg bila gelaran kaunselor aku genggam.tp,kita hanya mampu merancang,DIA jua yg menentukannya..mungkin aku akan bergelar kaunselor 1 hari nnti,mungkin juga tidak..seandainya tidak,jgn bimbang..hati ini tidak pernah lupa utk membantu kpd yg memerlukan apatah lg di sini aku selalu berjumpa dgn pelajar2..mungkin gelaran jawatan shj yg berbeza (bkn kaunselor),tp jiwa utk membantu dr segi psikologi x pernah dilupakan..buat hartini omar,hanya doa & sokonganmu yg kuharapkan..biarlah masa menentukan segalanya..smoga kita saling memahami "individual uniqueness" yg pernah kita pelajari satu masa dulu..semoga berjaya dlm mcapai cita-citamu..maaf,diri ini tidak pandai bermadah,hanya tulisan dr hati yg mampu diluahkan..wslm..

hartini omar said...

masyit,
-apapun yang datang dr hati dikira madah dan wadah perjuangan
-mengharapkan agar kau menghadiri temuduga itu tidaklah sampai kau lupa pada tugasan harian
-cuma memanglah, yang tinggi di puncak seringkali menemukan kita dengan kesukaran sebelum ia dapat digapai tangan
-apapun, bila ada saja niat baik dihatimu mahu menolong sesiapa yang perlu, maka disitu pasti hadir keikhlasan dan doa restu
-semoga berjaya mencapai impian, doa dari jauh kupohon pada tuhan...
-salam kemaafan

nafastari said...

Masyit, seandai kau terbaca
Lakukanlah apa sahaja yang boleh membahagiakan dirimu dan mendekatkan dirimu dengan pencipta
Didoakan segala kebaikan atasmu

Anonymous said...

terima kasih di atas sokongan nafastari (what a unique name!)=)
wassalam..=)
-Masyit-

Anonymous said...

thanks 2 hartini omar..SALAM RAMADHAN..=)
-Masyit-