Friday, September 14, 2007

Peritnya dugaanMu Tuhan

Peritnya dugaanMu Tuhan
Serasa tiada penawar tiada ubat-ubatan
Bukankah telah acapkali aku meminta-minta
Kenapa tidak Kau kurniakan jua?

Peritnya dugaanMu Tuhan
Jiwaku serasa hancur luluh kelepuhan
Bukankah Kau telah berjanji?
Mintalah PadaKu dan akan Kuberi

Peritnya dugaanMu Tuhan
Serasa sebak hati menahan
Kenapa Kau uji sehebat ini?
Apa lah jua kesalahan diri?

Peritnya dugaanMu Tuhan
Berilah aku tanda peringatan
Utuslah dugaan ini dengan hikmah
Agar tenang hatiku yang luka parah

Beratnya dugaanMu Tuhan
Semuanya mengajarku erti kesyukuran
Erti penghambaan dan pengabdian
Erti rahmat dalam keperitan

Peritnya dugaanMu Tuhan
Kalaulah dapat aku lafazkan…..

…………………………………………………….

-Allah itu menjawab doa hamba2nya dengan 3 cara
*Minta dan terus diberiNya
*Minta dan ditangguhNya hingga ke suatu masa
*Minta dan tidak diberiNya, tetapi menukar permintaan itu dengan pemberian yang lebih bermakna dan baik buat si peminta


Ww: aku telah GAGAL ujian PTD. Mungkin lebih ramai diluar sana yang bersinar bintangnya. Kunantikan hikmah disebalik kegagalan. Moga adalah jua masanya suatu hari nanti untuk kubersujud penuh kesyukuran – bersyukur kerana digagalkan. Untuk kalian, terima kasih atas doa yang kunjung tiba. Berdoalah pula agar aku pasrah dan redha. Berdoalah juga supaya aku tidak mudah berputus asa......

5 comments:

abdullahsakinah said...

Don't Give Up!!!Ingatlah Kita merancang, ALlah merancang dan perancangan Allah jua yang paling baik untuk kita. Sesungguhnya setiap ujiduga ALlah pada kita membuatkan kita semakin hari semakin matang dan kian dekat padaNya. Sama-sama kita nantikan hikmah disebalik dugaan yang menimpa dengan penuh sabar dan redha.

nafastari said...

PTD itu cuma salah satu dari jalan-jalan
Kejayaan itu luas, ada di mana-mana
Entah-entah apa yang dilihat sebagai kegagalan sekarang hanyalah pencetus kepada satu kejayaan lain yang lebih besar

hartini omar said...

tuan sakinah,
terima kasih yang tidak terhingga. sama2lah kita nantikan hikmahnya

tuan nafastari,
moga benarlah kata tuan, kegagalan hari ini bisa jd pencetus kepada kejayaan di masa yang lain pula

terima kasih kalian...

permatabonda said...

Buat teman baikku,
Ku doakan moga dirimu tabah.
Gagal hari ini bukan bermakna kau akan gagal selamanya.
Usaha, Sabar dan Tawakkal...insyAllah segalanya pasti diperoleh.
-tak salah kita menangis kerna bukan semua orang boleh menangis...

hartini omar said...

mi,
tangisan penyesalan bukan kelemahan, tp pengajaran ;-)