Wednesday, May 05, 2010

Andailah pemergianmu bernesan..


Sayang,

Andailah pemergianmu bernesan,
Tidaklah aku selemah ini...
Kerana mampu kuukirkan namamu di mejan kaku
Biarpun dengan darahku yang kini beku

Andailah pemergianmu berkuburan,
Tidaklah aku sesedih kini...
Kerana mampu lagi kutaburi kuntum2 kemboja
Biarpun dengan kudratku yang tiada daya

Andainyalah pemergianmu berpesan,
Tidaklah aku serapuh ini...
Kerana sempat lagi kukumpulkan saki baki tekad
Buat azimat rindu yang tak terubat
.
.
.
.

Tapi malangnya kau bepergian
Aku kini jauh kau tinggalkan
Namun dirimu tetap ada
Bersama kenangan yang menyesakkan dada!

...
kredit gambar: flickr

No comments: