Tuesday, May 25, 2010

Dia dan fikirannya

Dia duduk di dalam kedai kek beresepi rahsia itu seorang diri. Ya, memang selalu benar dia sendirian kini. Seperti hidupnya yang ditinggalkan dulu2. Sering sendirian walau kemana saja. Namun untuk dia, itu lebih bahagia. Tiada lagi jiwa untuk dijaga, tiada lagi hati untuk dibelai manja. Cuma dia perlu masa untuk pulih dari kesakitan. Perlu masa untuk lukanya kering lalu membiarkan parutnya kekal jadi ingatan. Ya, dia bukan lemah. Cuma perlu masa

Dia menebarkan pandangan ke luar jendela kaca yang bersih dan bersinar itu. Melihat kelibat manusia yang lalu-lalang di depannya penuh tekun. Mentafsir gerak geri mereka satu persatu tanpa jemu. Dan perhatiannya jatuh pada seorang pemuda yang berhenti di situ. Betul2 di hadapannya

Pemuda itu menyeluk sakunya, mengeluarkan kotak yang besarnya cuma segenggam. Mengeluarkan tembakau yang telah berbalut cantik. Putih bersih. Cuma kalaulah pemuda itu tahu hasil yang disedutnya tidaklah sebersih mana, entah mahu juga atau tidak ia menyedutnya. Ya, tapi ramai perokok telah tahu malah lebih mafhum akan akibatnya. Cuma mungkin kenikmatan menyedut nikotin itu dalam2 lebih menghiburkan, lalu mereka agak tenang menerima buruk baiknya

Pemuda itu menyepit balutan putih itu di bibirya. Ah, cukup bersahaja. Mungkin telah bertahun lama dia menjadi abdi pada bahan cemar itu. Lalu menyalakannya penuh kemas. Menyedutnya sekali, lalu menghembuskan asap kelabu yang keluar indah dari mulutnya. Matanya terpejam, puas mungkin. Bahagia pun iya juga. Atau mungkin ia kembali tenang setelah bahan itu memasuki paru2nya, lalu memberi kesan khas kepada lobusnya yang masih jaga

Beberapa kali dia melihat pemuda itu menyedut rokoknya dalam2. Dikepitnya di antara jari telunjuk dan jari tengahnya. Dengan tangan kiri. Ya, mungkin sekali dengan tangan yang Tuhan berikan daya untuk menulis dan mengangkat beban. Tak kisahlah kiri atau kanan. Ya, merokok mungkin lebih indah dengan tangan yang biasa digunakan. Dia melihat lagi. Melihat dan melihat lalu berfikir

………..

Pemuda itu pastinya tidak sesukar dia. Sekurang-kurangnya ia mempunyai penawar untuk melegakan kemuramannya. Untuk menenangkan kocakan jiwanya. Dia merokok tidak kisahlah untuk apa saja alasan, tetapi sekurang2nya pemuda itu berteman walaupun ditinggalkan. Tetapi dia? Dia tidak merokok, jauh sekali untuk mencubanya. Lalu dia tiada bahan asing untuk membantu dia melupakan segala kisah duka

Dia tahu ramai penulis2 besar mendapat ilham dengan menyedut bahan asing itu sekali-sekala. Dan untuk menghabiskan karya paling agung, mungkin beberapa kotak juga telah sanggup dibakar hangus bersama. Dia tidak memandang itu sebagai salah. Tetapi dia tidak juga menyokongnya. Kalaulah berhenti merokok itu semudah meludah, sudah tentu ramai manusia yang telah berhenti dari menjadi abdinya

Tetapi dia tidak merokok. Itu faktanya. Lalu dia terpaksa mengarang tanpa nikotin dan karbon monoksida dan cadmium dan segalanya untuk membantunya menghasilkan karya indah. Ah, itu lebih sukar sebenarnya. Kerana itu kadang2 dia terhenti, bila keletihan berfikir mengeringkan ilhamnya. Cuma memang dia suka merenung. Merenung masa lalu dan merenung masa depan yang belum pasti tiba. Dan renungan dan lamunan itulah yang membantu dan menggerakkan ia semula. Dia sebenarnya dibantu oleh anganannya

Cuma dia seringkali terfikir, kalaulah dia juga seorang pemuda, adakah balutan putih suci itu akan menemaninya juga?

No comments: