Aku capai mathurat biru itu di atas almari baju. Berhabuk. Tebal. Aku tersentak, lalu datang kesal. Tuhan… Terlalu lama aku melupakanMu. Entah mahu atau tidak Kau menerimaku. Aku duduk di birai katil. Mengesat perlahan2 habuk yang melekat di permukaan. Mungkin begitu juga rupa hatiku. Berhabuk, bersawang dan hitam kelabu. Ah Tuhan.. Masih sudikah Kau memberikanku peluang? Walaupun kepada hambamu yang telah nyata curang?
Beberapa bulan yang lepas, Tuhan pinjamkan aku sebentuk cinta. Warnanya indah. Sentuhannya mendebar rasa. Aku mengaku aku terbuai. Lalu benar2 memberikan seluruh kehidupan; hati, jiwa malah raga kepada yang empunya cinta. Tanpa sedikitpun meninggalkan bakinya untuk keperluanku sendiri mana tahu bila2 Tuhan mengambilnya kembali. Dan itulah yang terjadi. Ya benar, Allah meminjamkannya cuma sementara lalu datang mengambilnya semula. Terlalu duka. Terlalu sehingga kering air mata. Aku lupa, aku alpa, aku leka menganyam sulaman cinta, tanpa memikirkan bahawa anyaman itu belum tentu menjadi milikku selamanya
Aku manusia, Tuhan. Manusia yang rapuh imannya. Kehilangan ini terlalu pahit. Terlalu. Tapi apalah dayaku. Apalah daya dan kudratku. Berilah aku kekuatan. Berikan aku ketenangan yang aku dambakan. Biarlah aku hilang dia, asal jangan cintanya. Temukan aku dan dia di suatu masa. Bagaimana caranya, terpulang kepadaMu sendiri yang telah menciptakan cinta. Kalau tidak di sini, di alam sana
Saat kubacakan mathurat itu, airmata ku mengalir lesu. Jatuh perlahan mengenai permukaan lembaran yang bertulis kalam2 Tuhan. Aku tahu kisah itu telah tamat. Segala yang berlaku sudahpun tersurat. Biapun aku menangis dengan air mata darah, dia tetap akan pergi dan tidak mungkin kembali lagi. Rahmati dia, Tuhan. Berikannya kebahagiaan. Biar di mana dia berada dan dengan siapa dia bersama. Kerana aku dan dia pernah sama2 berkongsi rasa, berkongsi jiwa, ketawa dan airmata. Lalu mudah sajakah aku membuangkan segala kenangan yang dicorakkan bersama? Tidak.. Biarlah aku simpan segalanya dalam kamus diri, semoga kelak dapat kita soroti bersama2 di negeri abadi, yang mana tiada satupun yang tidak akan diteliti, termasuk lah apa yang dikandung hati!
Ampuni aku, Ya Rabbi...
1 comment:
walaupun xknal awak sape..tp sy terbaca blog awak..sedey..awak pn merasa khlgan kn? begitu juga saya..
semoga awak pun tabah hadapi dugaan yg diberikan Tuhan ni..
Post a Comment