Dia melangkah perlahan. Dengan pandangan yang tertunduk. Macam dulu2. Sunyi, tersendiri dan amat berbeza dari kebanyakan muda mudi yang hidup subur di dunia ini. Dia memang begitu. Kerana memang itulah watak yang diberikan padanya sejak dulu. Sejak lahirnya dia ke dunia dari perut ibu. Matanya tajam, air wajahnya pendiam. Pandangannya sering saja bermenung-menungan. Pemuisi dalam tiap kata2 dan pertuturan. Beza, cukup berbeza dari penilaian orang yang benar2 mengenalinya. Sekurang2nya lain benar dengan rakan2 seduduk seusia
Dia melangkah perlahan. Terus menuju ke gedung bacaan yang telah sangat lama tidak dijejakinya. Demi terhidu saja bauan halaman yang kekuningan, yang memberikan desir hati yang tak terungkapkan, hatinya tersenyum riang. Terserlah giginya yang putih bersih bila ia tersengeh begitu. Lagaknya tak tumpah seperti anak2 yang dimanjai dengan coklat dan gula2. Ya, begitulah selalunya dia bila berjumpa buku. Kitab2 yang menjadi tunggak seninya. Makalah2 yang menghidupkan dia dengan jatidiri yang sangat penuh kelainannya, hingga terasa kering ia dihirup desir seni yang menggila
Namu lekas pula hatinya terjeruk bila derap tapaknya dimajukan ke gedung ilmu itu. Tiba2 langkahnya jadi longlai. Keriangan tadi bagai disentap tiba2. Sebak dadanya kerana telah terlalu lama dia tidak mengunjungi mana2 toko buku. Perpustakaan apatah lagi, untuk tahun ini serasanya belum pernah pun sekali. Ah diri... Kemana dikau merantau hingga hampir hilang hati dan nurani? Mengejar cintakah? Usah dikejar api asmara, kerana sifatnya hanya tahu membakar dan menghanguskan cuma
Dia berjalan perlahan, setapak-setapak. Menuruti rak2 buku itu satu persatu. Dibacanya abjad2 tebal yang adakalanya condong2 itu, sehingga ada ketikanya lehernya bagai terasa lenguh meneleng2 begitu. Dan setelah beberapa ketika, irisnya mengembang, memusatkan seluruh genap pandangan pada abjad2 yang tertera, yang setelah ditafsirkan oleh lobusnya, maka amat2lah dikenalinya akan kitab itu
"Tenggelamnya Kapal Ven Der Wijck"
Dan tanpa mangu2 lagi, dihulurkan lengannya, digenggamkan jemarinya pada halaman yang usang itu, menyelaknya sehelai dua selembut mungkin, seperti membelai orang yang dicinta, dan dia terus duduk di kerusi itu. Membaca, membaca dan membaca tanpa jemu2
Sesekali gugur airmata lalu disekanya dengan hujung lengan bajunya. Penceritaan Hamka itu, terasa pula seakan2 panah yang membusur terus ke dadanya. Seolah2 memang diingini tuhan agar dia ke sana lalu membacanya. Membacanya buat kali yang entah ke berapa. Tetapi yang ini lebih bererti, kerana ia menyorotinya tatkala hatinya sendiri terluka. Terluka lantaran manusia yang terlalu mudah mendendangkan cinta. Manusia yang sebetulnya tidak pernah mengerti apakah makna CINTA
Ya, seperti watak2 yang diciptakan Hamka dalam lembaran2 itu, dia bukan Hayati. Sedikitpun bukan. Dia lebih persis Zainuddin. Zainuddin yang bangkit setelah dihempaskan hatinya hingga berkecai kerana mentaati cinta. Salahkah? Tentu saja tidak. Sepertimana Tuhan menciptakan mata lalu mengurniakan penglihatan, seperti itu jugalah Tuhan mencipta hati lalu mengurniakan cinta dan perasaan. Dia dan Zainuddin cuma mangsa keadaan
Ya, semakin dibacaya, apatah lagi bila nasihat2 Muluk termasuk satu2 ke dalam akal dan jiwanya, dia semakin tahu bahawa manusia seperti dia harus terus bangkit. Kerana manusia yang macam Hayati itu cuma akan terus memperolok2kan mereka saja. Berjanji setia dengan perjanjian yang tiada hala. Lalu pergi tinggalkan dia dengan kesakitan dan air mata. Dia mesti terus bangun dan berjaya macam Zainuddin. Berjaya dalam karangan dan penulisan. Berjaya dalam kerjaya dan lapangan kehidupan setelah tamat kisah percintaan
Namun seperti yang diolah Hamka, sejauh mana pun dia merantau, sesibuk manapun dia dengan kerja2 dan iabadatnya, hatinya masih tetap sama. Manalah mampu dia dustakan cinta. Manalah mampu dia mengkhianati jiwanya. Cinta akan terus wujud selagi wujudnya dia di bumi fana. Dan akan terus kekal dipohoninya hingga bercerainya jasad dan nyawa
Ya, itu lah sebenarnya dia…
No comments:
Post a Comment