Monday, May 10, 2010

Kenangan


Kalau kenangan itu bagai pepasir di pantai, maka datangkanlah ombak dan badai, biar disapu bersih segala tanda2 cinta. Kerana aku sendiri idak mahu lagi menyorotinya..

Kalau kenangan itu bagai gumpalan awan, maka datangkanlah hujan dan taufan. Biar megalir jernih segala kedukaan dan digantikan dengan kebahagiaan..

Kalau kenangan itu bagai embunan pagi, pancarkanlah terik sang mentari. Biar kering segala luka lama, lalu meninggalkan parut yang memberi pengajaran maha berguna..

Dan kalau kenangan itu bagai deruan bayu, biarkanlah ia terus menderu. Kerana ada kalanya kenangan itu jadi semangat, untuk terus meniti kehidupan penuh nikmat…

Hartini Omar,
Oktober 2010

No comments: