Mari teman2, ayuh aku ceritakan pada kalian tanah tempat aku membesar
Katakanlah pada dunia bahawa aku membesar di tanah Kuala Lumpur. Di sana mengalirnya sebatang sungai yang tidak juga jernih airnya. Lalu orang lama2 namakan sungai itu sungai Kelang. Dari mana ia mengalir dan sampai ke mana, aku tidak mengetahuinya. Dan sampai sekarang, aku tak pernah ambil kisah
Katakanlah juga bahawa aku membesar di sebuah kampung di pinggir Kuala Lumpur. Di sebuah kampung yang pencil, dengan udara dan hawa yang baik2. Kampung itu namanya kampung Pantai Dalam. Bonda juga lahir di sana di sebidang tanah kepunyaan nenda. Lalu kini tanah itu telah ditukar pula menjadi kawasan kumbahan najis yang menyakitkan mata. Kami digantikan dengan rumah sebiji2 yang kami panggil rumah MARA. Dan anak2 penama dapat duduk di rumah panjang sorang sebuah
Jadinya aku tidak sempat membesar dan menyaksikan kampung Pantai Dalam yang lama2 itu. Sekadar mendengar ceritanya saja. Tentang pasirnya yang lembut dan memutih, dan penduduknya yang bahagia tak tersisih. Itu semua hanya jadi kenangan. Jadi cerita2 manis yang keluar dari mulut bonda bila kami sama2 duduk bercandaan. Pantai Dalam yang ada kini hanya kepesatan, yang sarat dengan pembangunan dan menara tinggi bercakar-cakaran
Dan lagi? Dan lagi aku membesar di kawasan rumah panjang. Rumah papan yang dibina berderet-deretan membuatkan kami amat rapat dengan tetangga dan jiran. Di situ aku belajar tunggang basikal, main polis sentri dan galah panjang
Lalu rumah kamu besarkah? Tidak. Rumah itu hanyalah binaan papan yang biliknya dibina sendiri oleh kami. Ia tidak besar, dan tidak juga kecil. Walaupun tidak kaya raya, kami diajar ayah bonda agar kaya budi bahasa, berbuat baik pada keluarga dan jiran tetangga. Di sekeliling rumah panjang yang berderet2 itu bonda tanam dengan berbagai pokok bunga. Lalu rumah yang sederhana itu tampak segar dan indah
Ayuh kalian, dengar sini aku ceritakan. Ceritakan tentang zaman kecilku yang leka berlarian dengan kawan2. Dengan Midun, Atai, Epol, Seri dan Kak Etty. Lalu sana kami sering main kejar2. Setiap petang kadang2 sampai senja. Sampai ibu2 menjerit nama kami lalu menakutkan2 dengan cerita hantu kopek yang menyorokkan budak degil dalam kopeknya
Lalu kawan2, ayuh aku ceritakan lagi tentang perumahan rumah panjang yang aman damai itu. Di tanah Kuala Lumpur yang sentosa lagi makmur. Alangkah hebatnya membesar dalam suasana aman dan luhur. Di mana mengenali dan dikenali adalah perkara mesti untuk setempat yang sebaris sebujur. Dan perkara itu tidak berlaku lagi di Kuala Lumpur. Segalanya telah jadi sendiri2 dan tiada kami2 lagi
Dan lagi? Dan lagi setiap jiran tetangga itu berbangga dengan nama panggilan mereka yang tersohor di mana2. Di blok 12 nombor 112 itu, aku tinggal sekeluarga. Berhadapan rumah kami adalah rumah Bibut dan Nono yang beribukan Ended Cik Yah. Sebelah rumah mereka tinggal pula Cik Mat Brory dan Cik Jah. Aku masih ingat, ya masih tidak lupa. Anak2 mereka Kak Tuti dan Andi yang matanya sepet macam cina
Dan Cik Leli yang jual aiskrim malaysia. Perasa milo, perasa anggur, dan asam boi yang paling aku suka. Dan ada kedai Cicik Nana dan Cik Melah. Cicik yang selalu jual rojak, jual sengkuang tabur kacang dan kadang2 jual tikam. Aku pun selalu beli, kalau bertuah dapat hadiah, kadang2 dapat makanan saja. Macam TORA, bezanya tikam ini lebih murah. Ada juga rumah Ayah Tongkat; india tua yang sering menakut-nakutkan budak2 dengan tongkatnya. Ya ya, itu pun aku ingat juga
Lagi apa? Hmmm.. ya, lagi tentang orang motor yang sering datang jual sate ikan. Bebola kecil 4 ketul yang dicocok pada lidi itu, dibakar dulu kemudian dicicah dengan sos istimewa. Tapi sate ikan mahal. Sebatang sepuluh sen. Kalau mama bagi 50sen buat belanja, aku dapatlah beli tiga. Kalau dah habis duit buat beli aiskrim, aku kadang2 dapat tengok saja. Waktu itu aku tak sabar nak jadi dewasa, agar dapatlah aku membeli satey ikan itu sebanyak-banyaknya
Dan kisah tentang dulu2, bila aku sering mengejar Bhai roti yang sering membunyi-bunyikan hon motornya. Pin Pon Pin Pon. Geram benar melihat roti2nya yang bergayutan. Kadang2 beli roti kaya 30 sen. Kadang2 beli roti kacang 30sen. Kadang2 beli roti krim panjang2 20sen. Seronoknya pengalaman itu. Sesuatu yang tidak mungkin lagi dirasai oleh anak2 kecil masa ini, hatta adik2 ku sendiri. Alangkah rugi...
Ayuh, lagi? Cukup, nantilah... Nanti kemudian aku kisahkan lagi pada kalian. Tentang hidup dan perjalanan. Tentang tanah Kuala Lumpur yang kini berlumpuran.. Dan di kampung itu, kalaulah dapat aku lukiskan agar senang kalian gambarkan.........
P/s: Jemput baca
kisah lama i
kisah lama ii
kisah lama iii
5 comments:
Salam HARTINI,
Ooo, awak ni anak jati Kuala Lumpur ye? Tibe-tibe je saya terasa nak nyanyi lagu Uptown Girl...la la la...:-) Alamak...maaf, saya mmg tak pandai nyanyi..huhuhu! Ermmm, anyway...ia satu kisah yg menarik! Saya rasa skrip kisah ini patut dipanjangkan lagi....dan mungkin juga awak boleh bukukan atau cetak dalam bentuk novel...pastu jual kat bookstore. Insya-Allah laku...saya lah org pertama akan membelinya nanti! I'm not joking...i'm serious yaar (yaar is a hindi word which means friend)..hehehe!
best2
hanyut plak membaca cerita tu
teringat zaman lampau
indahkan masa kanak2
sesusah mana sekalipun tetap indah
keindahan waktu itu mungkin tak akan dikecapi oleh budak2 skrg. mereka ada keindahan mereka yg tersendiri
Akak tak tau KL tu camne..sb akak orang kg yg jauhnya beratus batu dari KL. Tapi sesekali bertandang ke KL tu, akak rasa pening sungguh. Walau apapun bersyukurlah sb kita semua ada tempat tinggal yang selamat. Semoga rumah Tini jauh dari tempat rumah yang kena tanah runtuh tu ye...sama2 kita doakan jg utk mereka yg terlibat dgn tragedi itu agr mereka bersbr menghadapi ujian dari Allah.
ishan,
-ya, saya org KL. dulu menetap di KL. sekarang dah berpindah ke Klang.. terima kasih untuk harapan kamu itu, ishan. doa2lah diperkenankan
hans,
-ya, zaman paling indah dalam kehidupan kita!
ustazah,
-bebudak sekarang duk diam dlm rumah main play station je la.. polis sentri tak tau apa
kak nurahadi,
-alhamdulillah, rumah saya memang jauh dari penempatan bukit antarabangsa tu. tapi musibah boleh berlaku di mana2 dengan berbagai2 cara.. kita sendiri perlu sentiasa berhati2 dan bersedia
terima kasih semua
Post a Comment