Perbualan itu berlaku dalam talian. Panjang, lama dan mengujakan. Lalu bila aku tanyakan padanya akan sesuatu yang mahu atau tidak dia menerimanya, aku tahu dia tersenyum. Walaupun aku nyata memang tak nampak, tapi aku sangat pasti dia sedang tersenyum. Tersenyum memikirkan jawapan apa yang paling molek untuk diberikannya padaku. Lalu lahir dari mulutnya, dengan suara yang menggetarkan jiwa raga,
“Bak kata pepatah, kecil tapak tangan, NYIRU saya tadahkan”
Aku senyum. Senyum senang sebenarnya. Dengan jawapan sesingkat itu, aku tahu dia terlalu sudi menerimanya. Namun sengaja benar kuajukan lagi soalan
“Nyiru tu apa, ya?”
Dia ketawa. Dan sangkanya nyiru itu satu benda yang letaknya di dahan pokok. Aku senyum galak. Ah, lucu benar umat ini. Manakan mampu ia berkata kalau tak tahu letak duduk istilahnya. Lalu aku ajak dia berfikir
“Kenapa yang berada di pokok perlu kita kaitkan dengan kecilnya tapak tangan? Bukankah itu nampak pelik?”
“Iya tak iya juga. Apa kaitannya?”
“Em.. cuba fikirkan, kenapa pepatah itu harus KECIL TAPAK TANGAN, lalu NYIRU itu yang diangkat menjadi tadahan?”
“Ya, atau nyiru itu sebenarnya satu alatan?”
Lalu dia ketawa. Sungguh2 ketawanya. Dan meminta2 saja aku berikan jawapan. Lalu aku sebutkan ‘tampi’ dan ‘menampi’ beras. Maka dia terus faham
Jika penerimaan tu terlalu sudi kita terimakan, namun terasa kecil pula tapak tangan untuk menerimanya, lalu demikian itu kita gantikan tadahannya dengan nyiru atau tampi saja. Semoga pemberian orang itu tidak satu pun gugur dan terbazir begitu saja. Paling mudahnya, pepatah itu memberi rangkum maksud bahawa terlalu sudi kiranya kita menerima pemberian itu. Ah, molek benar pepatah orang lama. Sungguh enak didengar telinga, sungguh basah dialun lidah
Dan malam itu kami tersenyum dan ketawa kesederhanaan. Sekurang-kurangnya ada ilmu yang dipelajarinya dari kesimpulan yang wujud berdasarkan keadaan
Aku tahu dia bijak. Aku tahu dia sangat mudah belajar. Dan aku terlalu mahu dia jadi terpelajar
ya, inilah NYIRU itu ;)
2 comments:
wakakakakah.....
huhuhuhu....
siapa la gerangn org yg d "maksudkan" itu..
sungguh lucu skali..
apapun ia dh bljar smtinhg yg sblm ni ia lansung tdak pkirkn..
-
-
thanks alot...
13
Baguslah kalau ia sudah belajar ;) semoga selepas ini ia jadi lebih rajin belajar
Post a Comment