Wednesday, November 21, 2007

Memang Salah Kita

Budak India yang berumur 12 tahun itu telah tiada. Kejap tadi beliau membunuh diri kerana mendapat keputusan UPSR yang kurang memuaskan. Sekali fikir, bukankah cetek akal fikiran?? (Tapi untuk umur 12 tahun, memanglah singkat dan cetek fikirannya). Siapa yang harus dipersalah untuk tragedi bunuh diri yang tak disangka?? Jawapannya adalah KITA!!

Kita yang harus dipersalah. Kita yang mengagung2kan cerita, mendewa2kan peperiksaan UPSR yang belum pun separuh dari usia kehidupan. Apalah sangat UPSR itu, kalau kita fikirkan. Perjalanan hidup masih jauh, masih banyak ujian yang bakal ditempuh. Kenapa pantas benar si kecil itu membuat keputusan yang sebegitu rapuh??

Kita membuatkan UPSR itu bagai ujian kehidupan. Kalau gagal, maka kita akan gagal selamanya. Jika UPSR kurang menyerlah, maka tertutuplah segala pintu2 kebahagiaan dan kejayaan dunia… bukankah itu semua salah kita??

Kita perangi si kecil secara psikologi. Kita asak mereka dengan cerita pura2 yang kita sendiri reka. Seolah2 yang dapat 5A dalam UPSR itu sajalah yang akan jadi terulung ternama. Kita yang salah. Kita yang sebenarnya merangsang si kecil yang tak bersalah itu untuk membunuh dirinya. Memang benar, kita yang salah!

Mari perangi derita psikologi ini. Katakanlah pada anak2 kita, adik2 kita diluar sana, dan pada saudara mara kita… bahawa UPSR itu tidak sepenuhnya menjanjikan apa2. Banyak lagi ujian yang bakal ditempah. Jadikan kekurangan dan kegagalan hari ini sebagai pendorong hari depan. Ingat, kegagalan tidak berpanjangan.. Masih ada sirna yang bakal muncul di penghujung jalan. Mintalah pertolongan dan panduan dari tuhan…

Janganlah lagi perkara sedih ini berlaku. Jangalah para ibubapa mendambakan 5A dalam tangan anak2 semata2 untuk menjaga prestij dan nama mereka. Tidak bermakna yang tidak dapat 5A itu tidak bijaksana. Ingatlah semua, jangan singkatkan akal dan minda. Jangan jadikan si kecil mangsa kerakusan haloba puji dan nama diri kita. Kerana kalau yang tak disangka itu berlaku sudah, maka segala tuduhan penyebabnya harus jatuh ke bahu kita. Kita yang bersalah. Beringat-ingatlah….

2 comments:

Anonymous said...

emm.. mmg salah kita.. anak2 dimomokkan dgn 5A penentu segala. sedangkan UPSR tu bukanlah apa-apa jika nak dibandingkan dgn alur kehidupan yg masih terlalu panjang.. kita sibuk mengejar dan menaikkan statistik. lantas, anak2 kecillah yg mnjadi mangsa.. mmg salah kita..

-iman

Anonymous said...

puan iman,
-sebenarnya kita lupa bahawa penentu kejayaan sesebuah 'perlumbaan' adalah di penghujung setiap larian, bukannya di awalan!
-terima kasih atas pendapat yg sehaluan