Monday, November 05, 2007

Dicipta atau tercipta??

Adakalanya, lebih banyak ayat terkata2 di minda, namun tidak dapat kiranya dibaitkan dengan pena. Lebih banyak sebenarnya kata2 hati dari tarian2 jejari. Banyak kisah masyarakat yang adakalanya sukar dibukukan, namun senang pula dilafazkan dengan perkataan dan sindiran. Dan ada juga kisah jerih payah percintaan yang lebih senang terukir dengan tulisan dari bait2 percakapan..

Ah, dunia dan hati manusia yang kompleks. Adakalanya tidak boleh dituruti, kerana setiap perkara yang ‘melawan arus’ itu pasti pula mendatangkan musibah yang mencacah luka. Benar sungguh kata2 bukan mainan. Kerana kata2 adalah senjata tajam yang melukakan. Tapi mungkin hanya bisa meluka minda2 yang terbuka, dan meracuni hati2 yang memahami

Banyak benar yang berlaku di sekitar minggu penghidupan yang sekelip mata ini. Tentang karenah masyarakat yang pelik ajaib. Yang kerana harta boleh hilang ghaib. Tentang manusia yang boleh berubah kerana pangkat dan nama. Harta dunia yang dikejar, sudah tersadung baru tersedar

Ada jua sekelumit rasa kecil hati yang datang bertimpa2. Pada siapa tidak perlulah disurat nyata. Yang penting, sebagai Hartini, aku juga punya hati dan jiwa yang terkesuma. Menaruh2 untuk dipuji dan dicinta. Kadang2 pemikiran tanpa penilaian membawa kita jauh meneroka kehidupan. Dan di hujung jalannya itu ada curang dan jurang. Jika tidak terwaspada, pasti tenggelam dan kelemasan di dasarnya

Ada juga kisah gembira dan ketawa. Bila sahabat tersayang telah tamat ilmu kemanusiannya, dan kini bakal pula bekerja. Semoga alimlah hati2 yang dipandu tuhan. Buat peneman di setiap lorong2 kehidupan

Ada juga kisah tuan punya kereta besar yang tangungjawabnya tidak sehebat kereta besarnya. Menidakkan tanggung-tangungan lelaki yang wajib dituruti. Melalaikan kerja2 yang sepatutnya dilaksana. Yang mana lebih utama, harta atau bonda? Kaya manapun kita, jika nasib ibu tak terbela, tinggallah duit dan reta itu bagai batu kayu yang tak mampu membantu. Anak lelaki bukankah perlu menjaga bonda sampai mati?? Ah lelaki, sukar benar difahami…

Itulah saja yang terpacul di minda, dalam melayani denyut2 nadi yang menggetar rasa. Ada rasa suka, ada rasa duka. Ada rasa teruji dan dikhianati. Ada rasa cinta dan dicinta. Ada rasa malu dan ada rasa pilu. Sekitar deruan penghidupan yang dicipta tuhan. Ibarat sebaris kata yang pernah mengguris jiwa, segalanya ‘diciptakan’ dan bukannya tercipta…, kerana kitalah yang ‘menciptakannya’!!

2 comments:

Nafastari said...

Menunjukkan kamu orang yang berfikir, dan kerana terlalu banyak berfikir hingga tangan pun tidak sempat menitip buah fikir.
Agak saja...
Cuma sesekali bila salah metafsir, kita harap dapat mengembalikan masa lalu dan menjadikannya seolah-olah tiada apa-apa yang pernah berlaku.
Kalaulah mampu...

Anonymous said...

tuan,
-benar, masa tak dapat diputar kembali.. namun biarlah hati menginsafi dan mencari iktibar dari setiap butir perkara yg terjadi
-jgn lah lagi hendaknya kita bermain kata2, krn kata2 itu jualah yg mengguriskan hati2 yg selama ini tidak berdosa..
-ya, aku cuba sedaya upaya me'mampu'kannya...
-tetap tabah walaupun payah!