Saturday, November 10, 2007

dia untuk dia

Banyak sekali ucapan2 ringkas dari teman2 tersayang, yang nyata telah maklum akan cerita orang sana yang dengarnya telah pun bertunangan. Apalah lagi yang dapat kulakukan selain mendoakan kesejahteraan keduanya. Yang nyata milik orang, jangan lagi diangan2kan. Jauh sekali terniat untuk aku memotong jalan, nauzubillah.. minta benar Allah jauhkan..

Namun hati mudah terusik. Memikirkan yang jarang benar ia diterima dan ditempatkan di sudut sukma jejaka. Dalam kesedihan yang membuai rasa, tidak pula aku meronta dan menangis hiba. Perutusan kekecewaan ini membuat kukenal diri sendiri, kukenal hati budi insan yang namanya lelaki. Namun adakalanya aku terfikir lalu terus-terusan memikir, orang laki2 apa sebenarnya yang mereka ingini. Rupa atau hati??

Ucapan ikhlas rakan2 supaya aku bersabar dan menerima segalanya dengan redha telah kutatang sebagai candu penyambung kehidupan. Pernah seketika aku terkedu lalu memencilkan diri melayan birat2 keharuan. Dan tatkala itu hadir jiwa yang bertanya kemana aku menghilang. Seakan mengacah-ngacah membawa sirna yang tercipta dan diciptakan.

Namun apakandaya, tidaklah aku mengerti bahawa sang penanti cuma bersimpati. Tiada kasih sayang, tiada rindu dendam. Tiada sekelumit rasa apatah lagi cinta. Dan kemungkinannya aku salah mentafsir hati2 manusia. Aku kirakan manusia itu seperti aku juga. Memuji-muja tulisan dan penulisnya. Rupanya aku silap dalam menilai hukum rasa dan jiwa yang tak boleh dipaksa. Ada ramai yg sekadar sudi berkawan, tanpa jiwa tanpa perasaan

Yang sebenarnya aku jua telah silap memberi jiwa. Memberi santunan kehidupan pada entah siapa2. Kerana luka yang dulu itu belum lagi reda, lalu ditarah pula luka baru yang menyiksa, ah Tuhan.. Berapa kurun lagikah harus aku nantikan untuk sebuah kebahagiaan?? Adakah ini kecewa atau kenikmatan?? Terhad benar akal fikiran

Aku takut menjadi Hartini yang menjadi mangsa pengorbanan sampai mati. Terus-terusan berdiam diri menunggu lelaki yang dicintai. Dan aku juga takut kalau2 ada jejaka yang macam Amli. Termanggu2 kesima menunggu tanpa bertanya. Cinta dipendam di kalbu saja. Bukankah sengsara, rugi dan sia-sia??

Kerap kini aku bermonolog sendiri. Menulis bait2 kata yang entah untuk siapa. Bacalah jika kalian sudi membacanya. Jika dirasakan yang kata2 ini telah hanyut menyiksakan, memabuk khayalkan, merapu bersimpangan, maka tinggalkanlah ia. Jangan lagi dipaksa2 kerlipan mata. Aku menulis untuk diri dan hati. Jika telah hadir rasa meluat dan benci, maka tinggalkanlah aku sendiri. Aku perempuan yang halus rasa, sentiasa bermain dengan aliran jiwa. Bagai kisah dongeng yang memabukkan, sekadar fantasi yang menghiburkan

Realitinya, yang berlalu biar berlalu. Adakalanya terbit kata akal bahawa ‘dia’ itu mungkin baik, berilmu - namun bukan yang terbaik buatku. Kuterima seadanya ketentuan Allah, jika ini yang diinginiNya. Hati ini jarang membenci, dan jarang pula menyintai. Aku tidak mudah menilai erti cinta. Kerana cinta itu terlalu subjektif dan mudah dipersenda. Adakalanya cinta itu juga yang membawa bahagia dan semangat membara. Entahlah, disakiti begini buat hati lebih tabah, lebih menghargai nikmat dan kasih sayangNya


Berbahagialah kalian di mana2. Untuk dia kudoakan sejahtera. Jagalah pemaisurimu sepertimana kau berhati2 tatkala mengetuk pintu hatiku. Biarku terpana menahan sebak di dada. Biarku rawat luka dan berhati2 agar ia tak berdarah semula. Buat aku hanya cinta dan kasih-Nya. Tentang dia, kini telah nyata yang dia untuk dia....

7 comments:

iman said...

jgn bersedih dgn perkara yg x pasti. jgn tumpahkan airmata pada yg bukan berhak. jgn kusamkan wajahmu yg indah itu. biarlah dia utk dia.. tp kamu masih ada DIA.. =)

hartini omar said...

tuan iman
-memang padan dengan nama
-ketenangan dan iman penuh di dada
-kali pertama singgah?
-terima kasih banyak

Anonymous said...

Salam...
Teman Sejiwaku Tini..
Tabahkan hatimu..
Percayalah,yg sebenar2 tercipta buatmu sedang menantimu..
dan redhalah jua dalam sebuah penantian..
Bahagia itu anugerah buat insan yang selalu diuji..
dan kau pasti akan menemukan satu untukmu..
Percayalah,aku faham perasaanmu..

Nafastari said...

"Tidak ada yang dapat mengusir kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuatkan hati merana". -pesan Ibnu Athaillah

hartini omar said...

tuan anonymous,
terima kasih untuk 'kefahaman' yang sehaluan

tuan nafastari,
jika adapun yang meningkat dalam denyutan luka ini adalah kasih dan cintaku pada-Nya

-terima kasih buat kalian yg sudi berkongsi rasa

iman said...

cik Tini,
ehem.. pembetulan.. bukan tuan iman tp Puan iman =)

hartini omar said...

maaf puan iman
-perihal saya kalau untuk wanita pun menggunakan ganti nama 'tuan'
-selepas ini akan 'puan iman'
-terima kasih